KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi tidak berjaya layak ke pusingan separuh akhir acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary, awal pagi ini waktu Malaysia.
Pada saingan pusingan pertama di Pusat Olahraga Nasional itu, Muhammad Azeem yang berlari dalam saringan empat, menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh daripada keseluruhan lapan peserta dengan catatan masa 10.26 saat (s).
Pemenang pingat emas Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2022, Letsile Tebogo dari Botswana menduduki tempat pertama selepas merakam 10.11s diikuti atlet Australia Rohan Browning kedua yang berkongsi masa yang sama, namun pemenang ditentukan menerusi photo finish.
Tempat ketiga menjadi milik wakil Great Britain Reece Prescod dengan masa 10.14s sekali gus mengiringi Tebogo dan Browning mengesahkan tempat di pentas separuh akhir.
Terdahulu pada pusingan kelayakan, Muhammad Azeem mencatat 10.24s dalam saringan dua ketika melayakkan diri ke pusingan pertama.
Muhammad Azeem yang membuat penampilan pertamanya pada Kejohanan Dunia tahun ini merupakan pemegang rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09s yang dicipta pada Kejohanan Olahraga Dunia B-20 di Cali, Colombia, Ogos tahun lepas.
Catatan terbaik atlet kelahiran Perak berusia 19 tahun itu musim ini ialah 10.11s yang dilakukan di Amerika Syarikat, Mei lepas.
Beliau dijangka beraksi pada Sukan Asia Hangzhou 2022 bulan depan selepas tidak bersama skuad olahraga negara pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, Mei lepas, dalam usahanya memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Dari kiri, Shaun Maswanganyi dari Afrika Selatan, Rohan dan Azeem ketika acara pecut 100 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary, 19 Ogos 2023. (Foto AP)
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden
Mereka menggesa Netanyahu menyokong perkara yang pada awalnya dicadangkan Israel dan diumumkan oleh Biden secara terbuka itu.
AWANI Ringkas: Bekas Datuk Bandar di Johor ditahan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Real Madrid raja bola sepak Eropah
Real Madrid berdepan tentangan sengit Borussia Dortmund sebelum dua gol penghujung separuh masa kedua sentuhan Dani Carvajal dan Vinicius Junior.
Menteri Israel ancam jatuhkan kerajaan jika setuju gencatan senjata
Kedua-dua menteri juga tidak membenarkan perang ditamatkan tanpa penghapusan sepenuhnya Hamas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry;
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner
CST-100 Starliner dengan dua orang angkasawan dijangka berlepas pada jam 12:25 tengah hari dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.
Ringgit dijangka kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS
Ringgit mungkin terus diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan dengan tumpuan kepada mesyuarat FOMC dan data ekonomi AS.
Saya belum berputus asa - Azeem
Ia menyaksikan Azeem berada dalam kedudukan keenam pada saringan keenam mengakhiri cabaran di tempat ke-32 dalam kalangan 42 peserta.
Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.
Sukan Asia Hangzhou: Azeem muncul ketiga terpantas Asia
Pelari negara, Azeem Fahmi, menamatkan acara 100 meter lelaki di kedudukan podium apabila meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
'Beri Azeem masa'
Bekas pelari kebangsaan Nazmizan Muhammad berharap Azeem tukar pendekatan memperlahankan rentak larian ketika hampir garisan penamat.
KBS harap Azeem konsisten pamer aksi terbaik - Adam Adli
Katanya, walaupun terkandas di peringkat saringan keempat kejohanan itu, pujian tetap harus diberikan kepada atlet muda tersebut.
Azeem kandas awal di Budapest
Azeem menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh daripada keseluruhan lapan peserta dengan catatan masa 10.26s.
Azeem miliki perwatakan luar biasa, kata jurulatih
Gagal selindung rasa kecewa di wajahnya selepas memastikan kedudukan lima terbaik Asia membuatkan Azeem tidak teragak-agak membuat janji.
Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.
Sukan Olimpik: Azeem Fahmi akan layak ke Paris 2024
Amir Izwan tidak menolak kemungkinan Azeem Fahmi hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris.
Azeem Fahmi pulang ke Malaysia, hitung detik lebur rekod kebangsaan
Adakah peminat olahraga tanah air berpeluang menyaksikan pelari pecut muda sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan 100 meter (m) miliknya di halaman sendiri?.